Monday, July 18, 2011

Home » , , , , , » Muka Berminyak? Bagus!

Muka Berminyak? Bagus!




بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and selamat petang!

Straight to the point ke atau nak buat pendahuluan dulu? Buat pendahuluan dululah.. 

Tadi masa dekat sekolah kitorang cakap pasal muka, muka dan MUKA. Kenapa dengan muka? Biasalah bila perempuan bertemu dengan perempuan bertemu dengan perempuan (berkumpullah maknanya..) mestilah bergosip and so on. Tapi hari ni, kitorang berkumpul dan bercerita pasal muka.

Jerawat? 
BlackHead?
Whitehead?
Berminyak?
Jerawat Batu?
Bintik2 hitam?

Tu semualah yang kitorang cerita. Kawan aku bagi petua macam mana nak bersihkan muka. Murah je.. Tak payah nak beli produk2 yang mahal2.. Tapi apa salahnya nak beli kalau memang sesuai dengan muka korang. Dah memang produk tu baguih untuk muka korang. Go on, pakai. It's ur own choice, right?

Kawan aku kata, dia banyak produk dia pakai, akhir sekali dia mengalah dan pakai BUAH TOMATO. Kaw kerat dua itu buah dan gosok dekat muka kaw. Alah, buat macam scrub muka. Mungkin rasa berlendir, geli-geliman. Tapi tomato is good untuk muka. Sayur-sayurankan memang baguih! Dia da test da benda tu, muka dia memang da okee dari dulu.

Dia kata, malam-malam sebelum tidur, dia kerat buah tomato tu dan bagi gosok sama itu muka. Lepas dah berpuas hati tu, biarkan selama 15-30 minit. Lepas tu, basuh dengan air macam tu jee.. Tak payah nak pakai sabun basuh pinggan mangkuk ke, sabun mandi ke, sabun clorox ke.. Pakai air paip yag dijamin bersih punya. Kalau nak pakai air suam pown apa salahnya. Lagi bersih ye tak? ekekke... Lepas sudah bilas itu muka, terus tidur.

Kawan aku kata, waktu balik dari sekolah dia buat jugak. Alhamdullilahlah, lepas 2, 3 bulan barulah tampak hasilnya. Aku teringin buat, tapi aku ni pemalas skit.. Paling tahan aku buat benda tu mungkin 3 hari. Aku memang tak suka pakai2 benda2 nie semua.

Btw, merujuk pada Tajuk di atas. Muka Berminyak? Bagus! 

Owh semestinya korang pelik. Takde yang nak pelik2 lah sayang... Actually, muka yang berminyak itu awet muda taw. Saya ulang AWET MUDA. Tapi walau awet muda sekalipun, saya tetap tidak suka kulit muka saya berminyak. RIMAS!

Yup! Kulit muka saya memang berminyak gila. Dekat T-Zone yang paling berminyak. Kat pipi, adalah sikit je. Tak kisah sangat. Tapi kawan saya kata, dia jumpa doktor taw, doktor kata muka berminyak tu bagus sebab dia menghalang jerawat nak tumbuh. TERKEJUT? Samalah kita. Puas kitorang berdebat dengan kawan aku tu kata muka BERMINYAKLAH BANYAK JERAWAT DATANG. Tapi dia kata, medical punya orang yang kata macam tu. Errkk.. Aku susah nak percaya. Muka aku berminyak ada je jerawat tapi jerawat kecik2 jee..

Aku seriously menyampah muka aku berminyak tapi mengikut BIO, muka berminyak sememangnya awet muda sebab bila makin besar, minyak muka makin berkurang. Jadi siapa yang dari kecik kulit muka kering, bila meningkat dewasa, kulit muka akan cepat berkedut sebab takde minyak sangat. Aku bersyukurlah jugak sebab kulit berminyak tapi aku taknaklah banyak sangat minyak. Oke, taklah banyak sangat. tapi still rimas.

Kawan aku kata, aku takpelah kulit muka berminyak sebab kalau kulit muka aku berminyak sekalipun, orang tak nampak sebab kulit muka aku cerah. Orang yang gelap tu memang nampaklah kulit muka dia berminyak. Oh, thank Ya Allah sebab bagi kulit muka yang cerah ni kat aku. Bila muka aku berminyak tak nampak sangat minyaknya.

Oke2, aku dah melalut. Back to the point. Muka berminyak ada keburukan dan kebaikannya. 

Keburukan : Rimas dan rasa rendah diri. Yup2.. Akulah tu.. 


Kebaikan : Awet Muda. Alhamdullilah.. hehehe..

Tapi, aku still tak percaya bila kawan aku kata kulit berminyak jerawat tak datang sangat. Bukan kulit berminyak ke yang mengundang jerawat-jerawat? Hai... Sesiapa yang rela hati pergi jumpa orang-orang pakar pasal kulit boleh tanya untuk dapatkan kepastian. Lepas tu, meh sini inform CR..

p/s : Sekrang ada VIRUS FACEBOOK. Kalau ada orang tak dikenali bagi link kat korang, JANGAN TEKAN. Nanti dia boleh akses, hack dan sebarkan virus kat facebook korang. Lepas tu, dia guna fb korang utk sebarkan link tersebut dekat kawan2 korang. Dia chat menggunakan Bahasa Inggeris.

Bolehlah pi tengok mana2 BLOG yang tulis pasal VIRUS FACEBOOK.

Aku ada jumpa tadik, 2 belog. Lupa plak blog mana.. hehhee... Blog AB ada gax..


2 comments:

SoLy SoLicious said...

lpas ni mak sy mesti bengang sebab buah tomato asyik kurang dlam peti..hahaha

BeloG MTT said...

Lepas ni para ibu kena sorokkan tomato.. hikhik

Kulit muka MTT pon berminyak tapi tak la teruk sangat tapi kadang bergantung jugak dengan pencuci muka apa dan bedak apa yang kita gunakan sayangg.. :)